28 April 2014

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI PERAK 2014


SK Seri Langkap rangkul johan acara Lontar Peluru (L) dan tempat ke-3 acara 4 x 100m (L) dalam kejohanan yang telah berlangsung di Kompleks Rakan Muda Kampar pada 21 - 23 April lalu. Adik Shahfizat Zainuddin bin Mohd Saini telah membawa pulang pingat emas acara Lontar Peluru dalam kejohanan tersebut dan sebelum ini Shahfizat juga telah memenangi pingat emas bagi acara yang sama dalam kejohanan Balapan & Padang MSSPK (Jemputan) Peringkat Negeri Perak yang telah berlangsung di SMK Gunung Rapat Ipoh pada 4 April lalu. TAHNIAH!


Sekian terima kasih.

PK Kokurikulum
SK Seri Langkap

0 komentar: