23 Januari 2014

Kepada 
Semua Guru SK Seri Langkap

MESYUARAT HEM DAN KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2014

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan diadakan seperti butiran berikut:-

                Tarikh    :   25 Januari 2014
                Masa      :   8.30 Pagi
                Tempat   :   Bilik Gerakan SK Seri Langkap

Semua guru diwajibkan hadir ke mesyuarat tersebut.

Sekian terima kasih.

GURU BESAR 
SK Seri Langkap

10 Januari 2014

MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2014
telah diadakan pada:


         Tarikh    :  9hb Januari 2014
         Tempat  :  Bilik Gerakan, SK Seri Langkap
         Masa     :  2.00 petang

Kepada guru-guru yang tidak hadir mesyuarat tanpa memaklumkan kepada Guru Besar sila beri surat tunjuk sebab pada hari Isnin 
13hb Januari 2014.

Sekian terima kasih.


GURU BESAR
SK Seri Langkap,

09 Januari 2014


RUMAH GURU SK SERI LANGKAP MUSNAH DIPUKUL RIBUT

Pada 5hb Januari 2014 lebih kurang pada pukul 7.00 petang hari Ahad rumah Puan Habibah binti Shamsudin telah ditimpa 
bencana alam akibat  pukulan ribut yang kuat . Oleh itu pihak sekolah telah menyumbangkan sejumlah wang hasil derma guru-guru dan staf SK Seri Langkap pada hari Isnin 6hb Januari 2014. Warga SK Seri Langkap mengucapkan takziah kepada beliau dan keluarga.


Gambar-gambar rumah Puan Habibah Binti Shamsuddin yang dilanda ribut

03 Januari 2014

KEPADA GURU-GURU SKSL

Iklan Permohonan Kenaikan Pangkat ke Jawatan-Jawatan Hakiki Gred DGA 32 Tahun 2014. 

Kepada guru-guru yang berminat sila buka Portal PPD Hilir Perak untuk mendapatkan Borang Permohonan dan kemukakan ke Pejabat Sekolah tidak lewat dari 7 hb Januari 2014. 

Sila beri makluman awal ke Pejabat Sekolah untuk persediaan dokumen-dokumen berkaitan. 


Sekian terima kasih, 


GURU BESAR 
SK SERI LANGKAP