Sekapur Sireh

Dalam kesempatan dan ruang yang telah diberi ini terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web Sekolah Kebangsaan Seri Langkap ini.

Semoga laman web ini akan dapat merapatkan lagi tali silaturahim dan hubungan kemesraan dengan semua pihak, terutama untuk sama-sama mempertingkatkan kecemerlangan semua sekolah amnya dan SK Seri Langkap khasnya dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya amat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkatkan kegigihan dan usaha yang mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menabur bakti untuk memperkasakan sekolah ini.

Disamping itu juga, saya berharap semoga para pelajar dapat mempertingkatkan usaha untuk menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi penerang yang sangat berguna dalam hidup kita sepanjang zaman.

Akhir kata saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru, staf, ahli jawatankuasa PIBG dan pihak-pihak yang terlibat menyokong dan memberi sumbangan buah fikiran atau tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Sekian.

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Langkap

Tiada ulasan: