22 Julai 2016

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI


TARIKH : 22 JULAI 2016
MASA : 9.30 -12.30 TGH
TEMPAT : SEKITAR SKSL 
JEMPUTAN : PIBG
ANJURAN : KELAB GURU & STAF SKSL 

Jamuan dibahagikan mengikut stesen , antaranya Pendidikan Khas , Prasekolah , Tahap 1 dan Tahap 2  Serta Pejabat.
Semua guru dan staf bertungkus lumus menyediakan hidangan sempena sambutan ini.

























12 Julai 2016

PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR)

Apakah PASR?
PASR adalah Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah

Apakah syarat untuk menduduki PASR
      Mengikuti KSSR Pendidikan Khas Tahap 2
      Berada pada tahun akhir persekolahan
      Berumur tidak melebihi 14 tahun pada 1 Januari tahun pentaksiran
      MBK yang mempunyai Kad OKU
      Mendaftar untuk menduduki PASR sahaja

Siapakah pentaksir PASR?
Pentaksir PASR adalah guru-guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan dalam program PPKI

Apakah tujuan PASR dilaksanakan
PASR dilaksanakan untuk menggalakkan penglibatan dan pembelajaran bermakna melalui beberapa elemen kemahiran dalam situasi sebenar kehidupan murid. PASR juga bertujuan menyediakan pelaporan yang komprehensif untuk MBK.

Apakah kurikulum yang digunakan untuk PASR?
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

Apakah mata pelajaran yang diuji dalam PASR?
Mata pelajaran dalam KSSR PK Masalah Pembelajaran iaitu Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI), Kemahiran Hidup Asas (KHA), Matematik dan Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar (PSSAS)

Apakah instrumen yang digunakan dalam PASR
Instrumen ProKhas 1 dan Instrumen ProKhas 2

Apakah Instrumen ProKhas 1?
Gabungjalin hasil pembelajaran 3 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Kemahiran Hidup Asas (komponen pilihan: masakan, jahitan, perkebunan, penternakan)

Bolehkah calon mengambil kesemua komponen?
Calon hanya dibenarkan memilih satu komponen sahaja.

Apakah Instrumen ProKhas 2?
Gabungjalin hasil pembelajaran 2 mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris dan Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar (PSSAS)

Apakah elemen kemahiran Instrumen ProKhas 1?
Kemahiran Literasi (Bahasa Melayu), Kemahiran Numerasi (Matematik) dan Kemahiran Hidup

Apakah elemen kemahiran Instrumen ProKhas 2
Kemahiran Literasi (Bahasa Inggeris) dan Kemahiran Asas Sains 

Tarikh Perlaksanaan PASR

       ProKhas 1 ( 4 Julai 2016   hingga 2 september 2016 )
       ProKhas 2 ( 5 September 2016 hingga 7 Oktober 2016 )