Sejarah Sekolah

Sekolah  Melayu  Langkap  pada  mulanya  telah  didirikan  pada  tahun 1933 di persimpangan  jalan  ke  Chui  Chak  (sekarang ini Pekan Langkap). Sekolah  ini  telah  didirikan  dengan  cara  bergotong-royong  yang  diketuai oleh  Ketua  Kampung  Langkap  bernama  Encik  Mohd.  Baki  b. Anjang dan  pembantunya  Encik  Busu  b. Talip  seorang  berpendidikan  agama Islam  yang  dihormati  oleh  penduduk-peduduk  disini. Bangunan  ini  diperbuat  daripada  kayu  Mahang,  beratap  nipah dan  berdindingkan  sekerat  dari  atap  nipah.  Lantai  bilik darjahnya  tidak bersimen serta  tidak  mempunyai  kerusi  dan  meja.  Semua  murid  duduk diatas  tikar  mengkuang  ketika  belajar.  Jumlah  murid  pada  waktu  itu ialah  seramai  50  orang  dan  gurunya  seramai  2  orang. 
      

                                                             Papan tanda jurubina

1938 - Pada  tahun 1938  sebuah  sekolah  baru  nombor  JKR  28, berukuran 62 ‘X 25’  telah  didirikan  oleh  Kerajaan  di  kawasan  Lot. CP. 9562  (tempat sekarang).   Bangunan  baru  ini  beratapkan  genting,  dinding  papan  dan berlantai  simen.   Jumlah  murid  pada  masa  itu  ialah  seramai 100  orang. Persekolahan  diadakan  pada  sesi  pagi  dan  petang. 

1974 - Pada  tahun  1974  sebuah  bangunan  dua  tingkat  (blok A)  telah didirikan  oleh  kerajaan  dengan  4  buah  bilik  darjah,  tandas  guru  dan murid,  2  buah stor,  pejabat,  bilik  guru  dan  bilik  Guru  Besar.  Pada 10. 03.1975   jumlah  murid  bertambah  menjadi  285  orang  dan  sekolah terpaksa  diadakan  pada  waktu  pagi  dan  petang. 
     
1982 - Pada  tahun  1982  bangunan  tambahan  didirikan  oleh  kerajaan  atas     daya  usaha  pihak  sekolah  dan  PIBG.   Pembinaan  bangunan dibawah  Rancangan  Malaysia  keempat  dengan  perbelanjaan  berjumlah RM594,000.00.   Bangunan  dua  tingkat  (blok  B dan C)  dilengkapi  dengan kantin, 10  buah  bilik  darjah, 4  setor,  Pusat Sumber,  bilik  sembahyang, bilik  wuduk,  bilik  guru  dan  tandas  guru  serta  murid.   Bangunan   ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Ramli bin Ngah Talib (Menteri Besar Perak) dan     digunakan  mulai  18. 01.1983.   Bilangan murid  bertambah  menjadi  443 orang. Persekolahan  diadakan  pada  sidang  pagi  sahaja. 
     
1996 - Sebuah  makmal   komputer  KDP  telah  diwujudkan  di sekolah  ini pada  01. 07. 1996  dengan  20  buah  komputer  yang  dibekalkan  oleh  Kementerian Pendidikan. Pada  01. 01. 1998  Sekolah  Kebangsaan  Seri  Langkap  telah  dinaikkan  dari  Gred  B   ke  Gred A. Dengan  itu  seramai  empat  orang guru  Penolong  Kanan  telah  ditempatkan  di sekolah ini. Jawatan tersebut  ialah  Penolong  Kanan  I,   Penolong  Kanan  II,  Penolong Kanan Ko-kurikulum  dan  Penyelia  Petang. Pada  masa  itu  jumlah  murid telah meningkat  kepada  600  orang  dan  sekolah  terpaksa  dijalankan  dalam dua  sesi semula.

2003 - Pada  tahun  2003  dua  buah  kelas  Pra-sekolah  telah  dibuka  di Sekolah ini.   Seramai  50  orang  murid  telah  memulakan  kelas  pra-sekolah mulai  dari  06. 01. 2003. 
Dalam  bulan  Mac  tahun  2002  sebuah  bangunan  3  tingkat  yang mengandungi  12  bilik  darjah,  bilik  guru,  pejabat,  bilik  gerakan,  makmal sains,  bengkel  kemahiran  hidup,  bilik  muzik,  3  bilik  serbaguna  dan tandas  yang  disediakan  disetiap  tingkat  bangunan  ini  telah  mula  dibina atas  daya  usaha  pihak  pengurusan  sekolah  dan dengan  sokongan  PIBG serta  bantuan  dan  kerjasama  dari  Pejabat  Pelajaran  Daerah  Hilir Perak. Bangunan  ini  telah  siap  dibina  dan  diserahkan  kepada  pihak sekolah  pada  24. 09. 2003.  Bangunan  baru  4  tingkat  ini (blok  D)  yang menelan  belanja  sebanyak  RM 2.14  juta  ini  telah  mula  digunakan  pada 05. 01. 2004.    Dengan  Itu  sesi  persekolahan  kembali  diadakan  pada sidang  pagi  sahaja  mulai  dari  03. 05. 2004.

2005 - Pada  tahun  2005  kelas  j-QAF  telah  dimulakan  untuk  murid-murid tahun  1. Seramai  127  orang  murid  beragama  Islam  telah  memulakan pembelajaran  j-QAF  mulai  dari  03. 01. 2005. Mulai 2008 kelas Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran telah  dibuka dengan murid seramai 4 orang dan 2 orang guru. Pada  02.01.2011  murid  sekolah  ini  berjumlah  704 orang dengan 21 kelas perdana, 7 kelas Pendidikan Khas dan 3 pra sekolah. Jumlah  tenaga  gurunya  ialah seramai  68  orang (termasuk  7  orang  guru  j-QAF)   dan  dibantu  oleh  14  orang  kakitangan  sokongan dan  4  orang  pekerja  syarikat  swasta  pembersihan  dan  2  orang  pengawal  keselamatan).

SENARAI NAMA GURU BESAR
Dalam  sejarah  sekolah  ini  sehingga  tahun  2020  seramai  17  orang Guru  Besar  telah  berkhidmat  di  sekolah  ini  seperti  berikut :

Bil.
 Nama  Guru  Besar
Tahun  Berkhidmat
1
 En. Mohd. Yasin  b.  Johan
1933  hingga  1938
2
 En. Yeop  Hassan  b. Kulop  Kinta
1938  hingga  1939
3
 En. Mohd  Tamam  b.  Md.  Saman
1939
4
 En. Tambi  bin  Zainal
1939  hingga  1949
5
 En. Abdul  Mutalip  b. Md. Zahir
1949  hingga  1955
6
 Tn. Hj. Ahmad  bin Hj. Md. Wazir
1955  hingga  1969
7
 Tn. Hj. Kamaruddin  b.  Darus
1969  hingga  1980
8
 Tn.  Hj.  Megat  Saruji  b.  Megat  Ayub
1980  hingga  15.11.1984
9
 Tn. Hj. Hamid  b. Hj. Sulaiman
16.04.1984 – 31.12.1989
10
 Tn. Hj. Naharawi  b. Hj. Shaari, PPN
01.01.1990 – 30.04.1994
11
 Tn. Hj. Abu  Kassim  b. Muhammad  Zi
01.05.1994 – 16.12.1995
12
 Tn. Hj. Mohamad  Nusri  b. Hj. Idris
16.12.1995 – 29.02.2000
13
 Tn. Hj. Ahmad  Nadzri  b. Hj. Saidin
01.03.2000 – 11.03.2006
14
Tn. Hj. Abd. Kadir b. Hj. Hassan, PPT
13.03.2006 – 24.08.2011
15

16
17
En Johari bin Sha’arani

En. Mohamed bin Che Ree
Pn. Siti Hamidah binti Shaharuddin
     25.08.2011 -  31.05.2015

     01.06.2015 - 01.12.2019
    02.12.2019 - Sekarang


        

Tiada ulasan: